BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 5 Mac 2009

TIP PENJAGAAN BUNGA KERTAS

Pokok BUNGA KERTAS sukakan........

  1. Pancaran cahaya matahari penuh setiap hari. walaupun di kawasan beriklim sejuk sederhana, ia memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam pancaran matahari penuh dan sumber cahaya lain pada 8 jam berikutnya..
  2. sebarang tanah campuran bersaliran baik atau poros sesuai untuk bunga kertas. Tanah campuran terbaik untuk pokok ini ialah: tanah bakar: baja organik: pasir sungai.
  3. Pokok bunga kertas gemarkan air namun ia perlulah kering cepat.
  4. Sebelum anda menuangkan tanah campuran ke dalam pasu, selepas menindih lubang-lubang pasu dengan batu atau pecahan pasu, letakkan setebal 3 inci lapaisan campuran rumput atau daun kering, butiran arang kayu sebesar duit syiling 5 sen dan baja tahi ayam yang telah diproses.
  5. Memandang pokok bunga kertas sukakan keadaan tanah poros, aktiviti mengembur menggunakan kuku kambing atau apa sahaja alat yang sesuai digalakkan. Jangan bimbang jika anda melihat akar halus terputus.
  6. Pilih pasu lebih besar ketika anda mengambil keputusan untuk menukar pasu lama ke pasu baru.
  7. Lakukan aktiviti memangkas dengan kerap sebaik-baiknya setiap hari. Kekerapan memangkas akan mengalakkan pengeluran pucuk dan bunga baru.
  8. Pemberian serbuk baja organik yang telah diproses 2 kali sebulan.
  9. Gunakan butiran baja kimia berwarna merah dan hijau dengan kadar K yang tinggi.

Pokok BUNGA KERTAS tidak sukakan........

  1. Persekitaran lembap walaupun ia terdedah dalam keadaan iklim tropika yang panas dan lembap namun ia dapat terus hidup subur dengan adanya pengaliran udara yang baik bagi mempercepatkan proses pengeringan di mana-mana bahagian yang lembap. Udara yang mengalir baik membantu mengelakkan bakteria dan virus daripada merebak dan merosakkan pokok.
  2. Pasir lombong kerana ia sangat halus dan keadaan tanah akan menjadi padat sehingga menyulitkan aliran air.
  3. Jangan siram terlalu banyak sehingga air mengalir keluar dari permukaan bawah pasu. Cukup sekadar tanahnya basah. Jika siraman terlalu banyak, ini akan menghasilkan tunas air.
  4. Pasu jenis berkilat. Pasu seperti ini tidak bagus untuk penanaman bunga kertas. Jika anda membeli pasu tanah liat jangan dicat pasu tersebut.

Tiada ulasan: