BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 23 Oktober 2008

Pilihan tanaman hiasan

1. Areca catechu (pinang makan)
2. Aglaonema spp (sejenis keladi)
3. Alocasia spp (keladi gajah)
4. Asplenium nidus (pakis langsuyar)
5. Bougainvillea spp (bunga kertas)
6. Butterfly palm (sejenis palma renek)
7. Codiaeum variegatum cultivars (puding)
8. Fern (paku pakis)
9. Heliconia spp (pelbagai jenis halia)
10. Petunia
11. Plumeria obtusa (kemboja)
12. Phyllanthus myrtifolius (Naga buana)
13. Thunbergia grandiflora (Tunbergia)

Tip Penjagaan Ros Hibrid



  • Elakkan menanam ros di bawah teduhan pokok lain. Ini akan melambatkan proses pengeluaran bunganya.

  • Elakkan daripada air bertakung di dalam pasu jika menggunakan pasu sebagai bekas menanam.

  • Gunakan sungkupan untuk menutup tanah bagi mengekalkan kelembapan.

  • lebihkan pasir dalam pasu kerana pokok bunga ini selesa hidup dalam tanah yang poros.

Selasa, 3 Jun 2008

Lawatan ke Mardi dan Taman Wetland Putrajaya - PRT 2008


Pergi lawatan ke Mardi tengok galeri pameran produk yang berasaskan pertanian.... Bagi memenuhi syarat subjek PRT 2008.... Habis lawatan kat Mardi Prof. Zulkifli ajak ambil gambar ramai-ramai buat kenangan..... Bila habis belajar ada la kenangan .....

Lepas tu kami konvoi 5 buah kereta ke Taman Wetland.....ketua konvoi Prof Zul.....Kat sana kami dibawa melawat sekitar Taman Wetland...boleh tahan gak penatnya berjalan kaki...tapi ilmu yang diperolehi banyak dan dapat dimanafaatkan......Habis pusing-pusing sekitar Wetland kami dijamu dengan Nasi Beriani .....terima kasih prof belanja makan.......

Rabu, 28 Mei 2008


Masa amali Prof. Dr Siti Aishah...subjek Olerikultur, tanam sayur di bawah struktur lindungan dan dilapangan. Boleh tahan jugak la kerja kami...baru la dinamakan cikgu pertanian....Tanam sayur kangkung, salad, sawi dan kailan.....Masa mula-mula boleh tahan jugak la penat....18 batas...tapi bukan buat sorang-sorang tapi dalam kumpulan....Macam-macam gaya kami semasa kerja-kerja amali tapi bila menuai hasil hilang penat.....

Selasa, 27 Mei 2008

Pembelajaran di UPM....mahasitua......


.... dimakmal sains tanah, ada amali...kami semua takde background sains, berpeluh-peluh belajar..tapi Allah maha kaya bila buat eksperimen dan ujian boleh bersaing la dengan adik-adik...malah lebih tinggi pulak tu....dimakmal orang buat eksperimen tapi kami selamba je bergambar...buat kenangan..

Jumaat, 23 Mei 2008

Kenangan Lama

Pada tahun 1980-1985 bersekolah di SK Jengka 12, Kemudian ke SMK Jengka 21 1986-1989...Tingkatan 4 di SMV Sanggang, Temerloh tahun 1989-1990....
Masuk maktab perguruan 1995-1997 di Maktab Perguruan Batu Pahat...Posting pertama di SMK Maran 1...1998 .Lepas kahwin 1999 berpindah ke SMK Seri Jempol di Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan...Pada tahun 2006 melanjutkan pelajaran di UPM...insyallah tahun depan habislah...Kot ada kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang masih kenal dan ingat contact la ....