BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 17 Ogos 2009

Floria Putrajaya 2009







Antara landskap yang ada....




Cantiknya bunga setelah digubah menjadi pelbagai bentuk.....








Apa lagi ambik peluang la bergambar ngan adik Haziq.....


Edible garden pun ada.....















Ahad, 24 Mei 2009

PENYAKIT TANAMAN



































POKOK HIASAN




TUMBUHAN RENEK

Caesalpinia pulcherima


Ixora javanica

Heliconia humilis



Calliandra emarginata





Khamis, 5 Mac 2009

TIP PENJAGAAN BUNGA KERTAS

Pokok BUNGA KERTAS sukakan........

  1. Pancaran cahaya matahari penuh setiap hari. walaupun di kawasan beriklim sejuk sederhana, ia memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam pancaran matahari penuh dan sumber cahaya lain pada 8 jam berikutnya..
  2. sebarang tanah campuran bersaliran baik atau poros sesuai untuk bunga kertas. Tanah campuran terbaik untuk pokok ini ialah: tanah bakar: baja organik: pasir sungai.
  3. Pokok bunga kertas gemarkan air namun ia perlulah kering cepat.
  4. Sebelum anda menuangkan tanah campuran ke dalam pasu, selepas menindih lubang-lubang pasu dengan batu atau pecahan pasu, letakkan setebal 3 inci lapaisan campuran rumput atau daun kering, butiran arang kayu sebesar duit syiling 5 sen dan baja tahi ayam yang telah diproses.
  5. Memandang pokok bunga kertas sukakan keadaan tanah poros, aktiviti mengembur menggunakan kuku kambing atau apa sahaja alat yang sesuai digalakkan. Jangan bimbang jika anda melihat akar halus terputus.
  6. Pilih pasu lebih besar ketika anda mengambil keputusan untuk menukar pasu lama ke pasu baru.
  7. Lakukan aktiviti memangkas dengan kerap sebaik-baiknya setiap hari. Kekerapan memangkas akan mengalakkan pengeluran pucuk dan bunga baru.
  8. Pemberian serbuk baja organik yang telah diproses 2 kali sebulan.
  9. Gunakan butiran baja kimia berwarna merah dan hijau dengan kadar K yang tinggi.

Pokok BUNGA KERTAS tidak sukakan........

  1. Persekitaran lembap walaupun ia terdedah dalam keadaan iklim tropika yang panas dan lembap namun ia dapat terus hidup subur dengan adanya pengaliran udara yang baik bagi mempercepatkan proses pengeringan di mana-mana bahagian yang lembap. Udara yang mengalir baik membantu mengelakkan bakteria dan virus daripada merebak dan merosakkan pokok.
  2. Pasir lombong kerana ia sangat halus dan keadaan tanah akan menjadi padat sehingga menyulitkan aliran air.
  3. Jangan siram terlalu banyak sehingga air mengalir keluar dari permukaan bawah pasu. Cukup sekadar tanahnya basah. Jika siraman terlalu banyak, ini akan menghasilkan tunas air.
  4. Pasu jenis berkilat. Pasu seperti ini tidak bagus untuk penanaman bunga kertas. Jika anda membeli pasu tanah liat jangan dicat pasu tersebut.

25 panduan mudah bentuk laman kecil

1. sistem saliran
Periksa sistem saliran yang ada atau yang boleh di buat untuk memastikan kawasan taman kecil tidak menakung air terutamanya untuk kediaman di taman-taman perumahan yang baru dibina. Saliran yang baik dapat menghidarkan kerencatan pertumbuhan rumput dan sesetengah jenis tumbuhan.

2. Ketahui keperluan
Apakahh keperluan dan kehendak penghuni rumah taman kecil? Adakah taman kecil yang dibina merangkumi ruang permainan anak-anak atau ruang bersantai seisi keluarga?

3. Saiz landskap kejur
Seperti pemilihan struktur teduhan, kolam ikan, lampu taman, bangku. Pastikan saiznya seimbang dengan keluasan taman dan saiz kediaman.

4. Jenis-jenis tumbuhan
Jenis tumbuhan yang dipilih sangat penting terutama jika melibatkan kediaman. Tumbuhan berduri, beracun, atau mempunyai getah yang gatal tidak sesuai ditanam sekiranya mempunyai anak-anak kecil. Jika taman kecil berfungsi sebagai tempat bersantai, pokok jenis teduhan dicadang ditanam untuk kesan keselesaan daripada panas matahari.

5. Ciri tumbuhan
Pastikan saiz, warna, tekstur dan bentuk tumbuhan yang dipilih sesuai denga keluasan taman kecil atau saiz kediaman anda.

6. Kemampuan kos
Berapakah kos yang sanggup anda laburkan untuk memiliki taman kecil idaman anda.? Kos yang tinggi semestinya menghasilkan sebuah taman yang indah tetapi jika anda kreatif dengan bajet yang rendah anda mampu membina taman kecil impian anda...

7. Kesesuaian reka bentuk
Faktor kesesuaian reka bentuk taman kecil anda seharusnya mengambil kira persekitaran sedia ada. contohnya susun atur landskap lembut atau landskap kejur yang anda pilih tidak menghalang atau menganggu pemandangan jiran atau gugur ke halaman rumah jiran sebelah anda...

8. Komitmen penyelenggaraan
Penyelenggaraan adalah aspek paling penting dalam menentukan keindahan sesuatu taman yang dibina.

9. Pencahayaan
Sistem pencahayaan yang sesuai dapat memberi kesan visual yang menarik di taman andan terutama pada waktu malam. Gunakan lampu yang sesuai supaya impak pencahayaan dapat dilihat dengan jelas

10. Laluan taman
Sekiranya anda berminat untuk membina laluan pejalan kaki untuk ke taman kecil, ianya boleh dibina daripada kepingan-kepingan konkrit bercorak, batu-batu sungai kecil, kepingan kayu dan lain-lain.

11. Pencahayaan
Jenis tumbuhan yang dipilih juga menentukan jumlah cahaya matahari yang diperlukan. Jika kawasan taman anda menerima lebih banyak teduhan daripada sinaran cahaya matahari, maka jenis tumbuhan yang sesuai adalah dari kumpulan berdaun hijau. Tumbuhan berbunga pula memerlukan cahaya matahari yang maksimum untuk mengalakkan pengeluaran bunga.

12. Utamakan keselamatan
Bagaimanakah aspek keselamatan memainkan peranan di dalam pembinaan taman kecil? Anda tentu tidak mahu 'tetamu' yang tidak diundang sekiranya menanam pokok besar yang terlalu rimbun di antara pagar kediaman dan bukaan kediaman anda seperti tingkap atau pintu. Penjenayah menjadi pokok sebagai alat untuk memasuki kediaman anda. Jika tidak dipangkas menjadi habitat kepada haiwan berbisa dan berbahaya seperti ular, lebah atau tebuan.

13. Batu-batu sungai
Taman kecil yang menarik menggabungkan penggunaan landskap lembut dan landskap kejur yang sesuai. Anda boleh menggunakan batu-batu kecil atau batu sungai di dalam reka bentuk anda tetapi tidak digalakkan diletakkan diluar kawasan kediaman untuk mengelak ianya menjadi alat vandalisme.

14. Ukur dengan betul
Sebelum membina taman kecil pastikan ukuran keluasan kawasan taman anda.

15. Jangan rapat dengan dinding
Tidak digalakkan menanam tumbuhan terlalu rapat dengan dinding ataupun pagar yang dibina dengan bukaan yang sedikit. Ini akan menggalakkan tumbuhan di serang kulat akibat kekurangan sirkulasi pengudaraan.

16. Kombinasi spesis
Variasi taman kecil dengan pelbagai spesis tumbuhan yang berlainan. Kombinasi yang baik terdiri daripada tumbuhan yang besar dibelakang, sederhana di tengah dan kecil atau penutup bumi di hadapan.

17. Pilihan tanaman teduhan
Taman kecil anda kurang mendapat cahaya matahari atau di kawasan teduhan? Jangan risau! terdapat banyak pilihan spesis tumbuhan teduhan yang menarik. Walaupun kebanyakkan tidak berbunga keindahan tumbuhan tersebut boleh dilihat melalui warna daun atau batang yang menarik.

18. tingkap berhampiran taman
Amat menarik sekiranya bukaan rumah seperti tingkap atau pintu mendapat pemandangan indah dari dalam rumah ke luar taman kecil anda. Tumbuhan yang mengeluarkan bau yang harum seperti kesidang boleh juga ditanam berdekatan tingkap atau pintu supaya bau harumnya boleh dihidu dari dalam rumah.

19. konsep reka bentuk
Konsep reka bentuk taman kecil mencerminkan peribadi serta identiti pemilik taman secara tidak langsung. Tentukan konsep yang anda kehendaki seperti taman tropika ala Bali, laman kampung, taman ala Jepun dan lain-lain.

20. Tanaman pasuan
Untuk taman kecil dikawasan terhad seperti balkoni rumah, sudut dinding atau kolong udara tumbuhan berpasu adalah paling sesuai.

21. Gantikan dengan kolam
Sekiranya anda bercadang membina sebuah kolam hiasan atau kolam ikan in-situ di taman kecil anda , kedudukan kolam boleh diletakkan di bahagian taman yang bermasalah seperti kawasan air kerap bertakung atau tanah paling tidak sesuai. Ini ialah penyelesaian masalah tanah di taman kecil anda.

22. Paip air
Jika punca pengairan seperti paip air tiada atau terlalu jauh, satu sistem pengairan perlu di bina berdekatan dengan taman kecil untuk memudahkan penyiraman.

23. Konsep pengulangan
Pilih beberapa jenis tumbuhan daripada 2 hingga 3 jenis warna dan ulang penanaman di seluruh taman kecil anda. Pengulangan ini adalah satu kaedah untuk mendapatkan reka bentuk yang menarik dan tidak terlalu serabut untuk sebuah taman kecil. Contohnya menanam 3 batang pokok dari spesis yang sama.

24. Cipta ilusi taman luas
untuk mencipta ilusi supaya taman kecil kelihatan luas ialah dengan membahagikan ruang taman kepada beberapa ruang kecil. seperti membina pelantar kayu yang ditinggikan sedikit dari paras tanah.

25. Warna dinding cerah
Bagi taman kecil di ruang sangat terhad seperti balkoni warna dinding yang cerah dapat mencipta ilusi ruang taman yang luas manakala meletakkan sekumpulan tumbuhan di sudut yang agak gelap boleh mencipta suasana misteri